Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 11/10/2018

168

Matawang pulangan tinggi termasuk AUD terkesan dengan pasaran yang berisiko (risk-off) semalam di mana jika dilihat pada chart AUD/USD pada dagangan semalam, harga gagal mengekalkan momentum kenaikan harga yang dibuat selepas kembali menjunam sehingga ke paras sekitar support 0.70400 semula. Dilihat pada indicator Moshed Magic Line, kenaikan harga pada sesi pasaran Asia semalam dilihat bergerak di sekitar paras resistance MagicR1 sebelum membuat kejatuhan ke paras Magic Pivot pada sesi pasaran Eropah dan menyambung penurunan pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga pada paras sekitar support 0.70400.

Namun begitu, harga dilihat kembali membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia hari ini dari paras support 0.70400 sehingga ke paras Magic Pivot 0.7074 dan menguji paras tersebut. Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi semula, kemungkinan harga akan breakout paras resistance 0.70900 terlebih dahulu sebelum menuju ke paras resistance 0.7106 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dijangka akan ke paras resistance 0.71700 yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan mencapai kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7194 (MagicR3).

Namun, jika sentimen pasaran kekal tidak memihak kepada matawang Aussie, harga bakal meneruskan kejatuhan sehingga breakout paras support 0.70400 yang masih belum ditembusi harga sebelum ini. Penurunan harga seterusnya akan menuju ke paras support yang terdekat iaitu pada support 0.7018 (MagicS1) atau ke paras support yang lebih rendah sedikit yang dilihat pada paras 0.6986 (MagicS2). Kejatuhan harga yang berterusan bakal menyaksikan harga mencecah sehingga ke paras serendah 0.6930 (MagicS3).

Sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam pasaran supaya anda lebih bersedia jika sentimen pasaran tidak menentu mempengaruhi pergerakan harga khususnya pada chart AUD/USD ini. Untuk melihat paras-paras penting pada chart pula, boleh rujuk kepada indicator Moshed Magic Line supaya lebih memudahkan dagangan anda setiap hari.

 

Paras support: 0.7018, 0.6986, 0.6930.

Paras resistance: 0.7106, 0.7162, 0.7194.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat