Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 15/1/2019

105

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam masih menunjukkan harga bergerak mendatar sekitar julat 30 pips antara paras Magic Pivot dan paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Aussie didagangkan lemah semalam setelah sentimen pasaran kembali dilihat berisiko terkesan daripada data ekonomi China yang merosot di mana kadar eksport China merudum pada angka bacaan bulan Disember dan pelabur melihat perkara tersebut akan menjejaskan lagi pertumbuhan pada ekonomi global ekoran China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat. Namun begitu, China dilaporkan akan mengambil tindakan untuk membuat potongan cukai secara besar-besaran khususnya terhadap perniagaan kecil dan juga pada sektor perkilangan dalam usaha untuk menangani kelembapan ekonomi mereka. Pelabur berkemungkinan melihat perkembangan positif ini bakal memberi kesan terhadap perubahan pada sentimen semasa dalam pasaran.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 0.7196 kemudiannya terus membuat sedikit kenaikan seawal sesi bermula dan telah mencecah paras resistance 0.7216 (MagicR1) dan menguji paras tersebut sebelum pergerakan harga semakin perlahan dan mendatar di bawah paras resistance tersebut sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga berjaya mencari kekuatan untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga dilihat akan menguji semula paras ketinggian semasa pada chart AUD/USD yang dicapai pada Jumaat lalu sekitar paras 0.7238 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi harga bakal menyentuh paras resistance pada 0.7259 (MagicR3) untuk harga mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru.

Sebaliknya, jika harga ditekan rendah ke bawah paras Magic Pivot 0.7196 hari ini, harga akan menguji dahulu paras support terdekat di sekitar paras 0.7173 (MagicS1). Seterusnya, harga akan turun lebih rendah dan menguji pula paras RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD sekitar paras 0.7153 (MagicS2). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan seterusnya harga dilihat akan menuju pula ke paras support lebih rendah yang dilihat berada pada paras 0.7137 (MagicS3).

Selain daripada data indeks harga pengeluar di Amerika Syarikat yang akan dikeluar malam ini, pantau juga perkembangan pada hubungan dagang AS-China serta ekonomi semasa di China yang banyak memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart AUD/USD khususnya pada Aussie sendiri. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda setiap hari untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7173, 0.7153, 0.7131.

Paras resistance: 0.7216, 0.7238, 0.7259.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat