Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 16/10/2018

179

Keadaan pasaran yang berisiko (risk-off) turut menyokong kenaikan harga pada chart AUD/USD pada dagangan semalam di mana matawang USD masih didagangkan lemah dalam pasaran semasa. Namun  begitu, pelabur masih melihat Aussie sebagai dagangan yang berisiko berikutan isu perang dagang antara AS-China kembali meningkatkan semula kebimbangan dalam pasaran. Laporan mengatakan Presiden Donald Trump mengancam akan mengenakan tarif pusingan baru terhadap China jika negara ekonomi kedua terbesar dunia itu tidak membuka ekonominya menjurus kepada penurunan pasaran ekuiti semalam. Harga dilihat telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Bersambung ke pasaran Asia hari ini pula, harga yang didagangkan perlahan pada permulaan sesi telah membuat penurunan ke paras Magic Pivot 0.7125 hari ini. Jika harga meneruskan penurunanan, paras support 0.7102 (MagicS1) dilihat sebagai paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga yang berjaya breakout paras tersebut kemudiannya dijangka akan menuju ke paras support yang lebih rendah iaitu pada paras 0.7075 (MagicS2). Dan jika matawang dollar AUD terus didagangkan lemah, jangkaan harga akan turun ke paras support 0.7052 (MagicS3) untuk menguji zon tersebut yang masih belum ditembusi harga sebelum ini.

Sebaliknya, jika harga USD terus diberi tekanan dan didagangkan lemah, harga boleh membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 0.7152 (MagicR1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga berkemungkinan akan menuju ke paras resistance 0.7176 (MagicR2) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Dan sekiranya harga mampu breakout dan membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi, paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai harga adalah pada resistance 0.7203 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang AS-China yang kembali hangat dan memberi kebimbangan dalam pasaran semasa. Tentukan paras-paras yang bakal dituju harga pada chart AUD/USD ini dengan berpandukan pada support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7102, 0.7075, 0.7052.

Paras resistance: 0.7152, 0.7176, 0.7203.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat