Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 17/1/2019

160

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam mula menunjukkan penurunan setelah harga bergerak mendatar sejak minggu lalu. Harga telah membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah semalam dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dan bergerak perlahan pada sesi pasaran New York sehingga dagangan ditutup di paras sekitarnya. Aussie terus didagangkan lemah berikutan terkesan daripada perkembangan yang lemah pada isu rundingan dagang terbaru antara Amerika Syarikat dan China. Wakil Perdagangan AS, Lighthizer menyatakan tiada sebarang perkembangan pada rundingan dagang terbaru sebaliknya isu siasatan ke atas Huawei Technologies yang didakwa mencuri maklumat rahsia perdagangan dari perniagaan Amerika Syarikat, telah mencuri tumpuan para pelabur.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan penurunan harga terus disambung lagi pada chart AUD/USD di mana harga yang didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 0.7180 telah turun menuju ke paras support pada 0.7148 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Sedikit lagi penurunan harga akan melihatkan harga menyentuh paras support yang berada lebih rendah iaitu pada sekitar paras 0.7129 (MagicS2). Seterusnya, jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan harga tersebut, harga berkemungkinan turun sehingga ke paras sekitar 0.7097 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7180 hari ini, harga dilihat akan menguji dahulu paras resistance pada 0.7198 (MagicR1) sebelum naik lebih tinggi untuk menguji pula paras ketinggian yang dicapai pada dagangan Januari ini di sekitar paras 0.7230 (MagicR2). Sekiranya momentum kenaikan harga berjaya melonjakkan harga melepasi dari paras ketinggian sebelum ini, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru di sekitar paras 0.7249 (MagicR3) sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi lagi.

Sentiasa pantau perubahan pada sentimen pasaran semasa yang menjadi faktor utama menggerakkan harga pada chart AUD/USD. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda setiap hari untuk mendapatkan hasil keputusan dagangan yang memuaskan.

 

Paras support: 0.7148, 0.7129, 0.7097.

Paras resistance: 0.7198, 0.7230, 0.7249.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat