Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 17/12/2018

145

Matawang komoditi dollar AUD pada dagangan Jumaat lalu didagangkan merosot ekoran terkesan daripada data jualan runcit di China yang menunjukkan angka penurunan. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan Jumaat, harga telah menjunam dari paras Magic Pivot sejak awal sesi Asia lagi sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras support MagicS3 semula. Jika Aussie terus didagangkan lemah pada minggu ini, berkemungkinan harga akan terus ditekan ke paras lebih rendah. Data perubahan pekerjaan di Australia yang akan dikeluarkan pada Khamis ini turut dijangka lemah oleh pasaran.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan dengan pergerakan yang perlahan sedikit rendah dari paras Magic Pivot 0.7183 hari ini sehingga penghujung sesi. Jika harga gagal membuat lonjakan lebih tinggi dari paras Magic Pivot, harga berkemungkinan turun menuju ke paras support terdekat di paras 0.7140 (MagicS1). Seterusnya, paras tumpuan harga yang lebih rendah iaitu di sekitar paras support 0.7106 (MagicS2) akan diuji harga jika harga meneruskan penurunan. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras serendah 0.7062 (MagicS3).

Sebaliknya jika harga menunjukkan pergerakan menaik dan melepasi paras Magic Pivot 0.7183 hari ini, harga bakal menuju ke paras resistance 0.7217 (MagicR1). Kemudian harga berkemungkinan akan cuba mengatasi paras ketinggian pada dagangan minggu lalu sebelum menuju ke paras resistance 0.7261 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan ke paras lebih tinggi bakal melihatkan harga menyentuh paras resistance 0.7295 (MagicR3) untuk harga mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart AUD/USD.

Terus beri tumpuan pada perkembangan hubungan dagangan AS-China untuk minggu ini pula. Sebarang tindakan luar jangkaan bakal memberikan impak yang besar terhadap matawang khususnya Aussie. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam dagangan harian anda untuk membantu anda mendapatkan hasil analisis yang berkualiti setiap hari.

 

Paras support: 0.7140, 0.7106, 0.7062.

Paras resistance: 0.7217, 0.7261, 0.7295.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat