Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 2/10/2018

211

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam menunjukkan pergerakan yang sederhana tetapi membuat kenaikan dari paras support 0.72100 melepasi paras Magic Pivot di mana pasaran menunggu pengumunan dasar monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) hari ini.

Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7220 hari ni dan membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7233 (MagicR1) dan dilihat cuba menguji paras SBR (support become resistance) pada 0.72350 namun tidak berjaya melepasinya. Kemudian, harga telah membuat penurunan drastik setelah RBA mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.50% pada bulan Oktober tidak berubah sejak Ogos 2016. Keputusan ini menepati jangkaan pasaran sebelum ini dan harga telah membuat terjunan melepasi paras support 0.7208 (MagicS1) dan menyentuh paras support 0.7195 (MagicS2) yang berada lebih rendah sebelum sedikit pantul naik semula di mana harga semasa didagangkan pada paras 0.7203 setakat jam 2.40 petang. Jika harga meneruskan penurunan, harga berpotensi untuk turun lebih rendah mencecah paras support 0.7183 (MagicS3).

Sebaliknya, jika AUD kembali mengukuh dan melonjakkan harga semula, harga berkemungkinan membuat kenaikan dan menguji paras resistance MagicR1 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), harga dilihat akan menuju ke paras resistance seterusnya yang berada pada paras 0.7245 (MagicR2). Dan kenaikan harga yang dibuat seterusnya berpotensi untuk mencapai paras resistance di 0.7258 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line.

Gabenor RBA, Philip Lowe dalam kenyataannya menyebut bahawa kadar faedah yang rendah di Australia akan terus menyokong ekonomi di negara itu. Terus pantau berita-berita ekonomi semasa dan juga isu perang dagang yang mempengaruhi nilai matawang semasa khususnya Aussie. Untuk analisis teknikal, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan anda.

 

Paras support: 0.7208, 0.7195, 0.7183.

Paras resistance: 0.7233, 0.7245, 0.7258.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat