Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 27/9/2018

168

Setelah FED mengumumkan kenaikan kadar faedah seperti yang dijangkakan oleh pasaran, pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD melonjak sehingga lebih 50 pips melepasi paras ketinggian yang dicapai Jumaat lalu sebelum harga membuat terjunan semula ke paras kenaikan yang dibuat. Lonjakan yang dibuat harga dilihat melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7270 hari ini dan harga menyambung penurunan pada lewat sesi sehingga mencecah ke paras support 0.7225 (MagicS1). Harga dilihat masih menguji paras tersebut yang berada pada zon RBS (resistance become support). Jika harga terus membuat penurunan, jangkaan harga bakal membuat Lower Low yang baru berkemungkinan ke paras support 0.7195 (MagicS2). Seterusnya, jika USD terus mengukuh dan menekan harga ke paras lebih rendah, harga dijangka akan mencecah sehingga ke paras support 0.7150 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan dan menembusi paras Magic Pivot 0.7270, harga dilihat akan menuju ke paras 0.7300 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum cuba untuk menembusi paras tersebut. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga berkemungkinan naik ke paras resistance 0.7345 (MagicR2) untuk membuat paras ketinggian terbaru. Dan seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikannya, paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai adalah pada paras resistance 0.7375 (MagicR3).

Penurunan harga yang dibuat adalah berikutan pengukuhan USD yang sedikit menekan harga pada chart AUD/USD. Beri tumpuan juga terhadap isu perang dagang AS-China yang masih menjadi isu tumpuan dalam pasaran semasa. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7225, 0.7195, 0.7150.

Paras resistance: 0.7300, 0.7345, 0.7375.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat