Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 4/10/2018

257

Matawang AUD antara yang paling lemah didagangkan semalam dapat dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD yang mencatatkan kejatuhan hampir 100 pips bermula pada lewat sesi pasaran Asia bersambung sehingga ke sesi pasaran New York semalam. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat sedikit kenaikan menguji paras Magic Pivot semalam, sebelum harga membuat terjunan melepasi paras support MagicS2 dan menutup harga pada paras yang lebih rendah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7132 hari ini dan masih meneruskan penurunannya sehingga ke paras 0.70750 melepasi paras Lower Low yang dicecah harga pada September lalu. Harga semasa didagangkan pada paras 0.70900 setakat jam 2.50 petang. Jika harga meneruskan penurunan untuk membuat Lower Low yang baru, harga dijangka akan melepasi paras support 0.7068 (MagicS1) sebelum menuju ke paras support seterusnya yang berada pada paras 0.7035 (MagicS2). Dan jika USD dijangka terus mengukuh dalam pasaran, penurunan harga boleh mencecah ke paras serendah 0.6971 (MagicS3).

Namun, jika harga gagal meneruskan penurunan dan melonjak kembali, jangkaan harga akan naik ke paras resistance 0.7165 (MagicR1) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, berkemungkinan lonjakan harga seterusnya dijangka berpotensi untuk mencapai paras resistance 0.7229 (MagicR2) di mana paras tersebut juga dilihat berada pada zon SBR yang menjadi paras tumpuan harga. Seterusnya, paras 0.7261 (MagicR3) dilihat sebagai paras resistance yang seterusnya jika harga masih mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat.

Bagi memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD ini, beri tumpuan terhadap data-data ekonomi di Australia serta isu perang dagang yang melibatkan Amerika Syarikat dan China yang banyak memberi kesan terhadap matawang Aussie. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan terbaik dalam setiap dagangan anda.

 

Paras support: 0.7068, 0.7035, 0.6971.

Paras resistance: 0.7165, 0.7229, 0.7261.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat