Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 7/12/2018

220

Pergerakan harga pada chart AUD/USD untuk dagangan semalam menunjukkan harga masih menyambung penurunan dengan matawang dollar AUD antara yang didagangkan paling merosot. Dengan data-data domestik Australia yang lemah, matawang Aussie itu terus mengalami kejatuhan berikutan kebimbangan terhadap isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China masih berlarutan. Terbaru, CFO Huawei, Wanzhou Meng yang ditahan kerana didapati melanggar sekatan AS menimbulkan kemarahan kerajaan China dan diminta untuk beliau dilepaskan segera. Pelabur melihat risiko dalam pasaran kembali meningkat dan akan terus memberi tekanan kepada matawang AUD. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga membuat penurunan melepasi paras support MagicS1 dan turun lebih rendah menguji paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali menutup dagangan New York di sekitar paras support MagicS1 semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 0.7231 dilihat bergerak agak mendatar dan menguji paras tersebut sehingga ke penghujung sesi. Jika Aussie terus didagangkan lemah, harga bakal menyambung lagi penurunan yang dilakukan semalam ke paras support 0.7190 (MagicS1) iaitu di sekitar paras terendah pada dagangan semalam. Kemudian, penurunan harga seterusnya pula dijangka akan ke paras support 0.7149 (MagicS2) yang berpotensi untuk menjadi paras RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD. Sekiranya harga masih berjaya melepasi paras tersebut, destinasi tumpuan harga yang seterusnya dilihat berkemungkinan ke paras sekitar support 0.7108 (MagicS3).

Namun, sebaliknya jika harga menunjukkan kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras tumpuan awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 0.7273 (MagicR1). Kemudiannya, harga dijangka akan naik menguji pula paras resistance 0.7314 (MagicR2) sebelum kenaikan lebih tinggi yang diteruskan harga berkemungkinan akan ke paras resistance 0.7356 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang dan jangan lupa juga pada laporan data pekerjaan NFP yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur. Lihat paras support dan resistance pada chart AUD/USD untuk mencari paras-paras yang berpengaruh dan menjadi tumpuan harga supaya analisis teknikal anda lebih jelas.

 

Paras support: 0.7190, 0.7149, 0.7108.

Paras resistance: 0.7273, 0.7314, 0.7356.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat