Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 7/2/2019

206

Dolar AUD didagangkan lemah pada dagangan semalam di mana penurunan ketara pada chart pasangan matawang AUD/USD merekodkan 150 pips terjunan harga sejak awal sesi Asia bermula sehingga dagangan sesi New York ditutup. Aussie mengalami kejatuhan nilai selepas kenyataan daripada Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA),  Philip Lowe yang mengejutkan para pelabur dengan mengatakan unjuran kadar faedah buat masa sekarang adalah berada pada kadar yang seimbang. Beliau menambah lagi risiko global terhadap pasaran perumahan domestik akan bergantung terhadap bajet daripada bank pusat untuk bertindak balas pada sebarang kemerosotan. Penurunan ketara harga pada sesi dagangan semalam dilihat telah melepasi paras Magic Pivot serta ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, momentum pergerakan harga mulai perlahan namun masih menunjukkan penurunan dan menguji paras 0.71000 sehingga penghujung sesi Asia. Jika harga terus menyambung penurunan yang dilakukan semalam, harga bakal mengatasi paras support yang diuji pada penghujung dagangan Januari lalu sebelum menuju ke paras 0.7056 (MagicS1). Seterusnya, harga akan terus mencari paras terendah semasa yang baru pada penurunan yang diteruskan dan dijangka akan menuju pula ke paras sekitar 0.7008 (MagicS2). Jika Aussie terus didagangkan lemah berbanding USD, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 0.6913 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula dan harga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7151 hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras resistance pada 0.7199 (MagicR1) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Kenaikan seterusnya harga berkemungkinan akan menguji paras ketinggian pada dagangan minggu lalu di sekitar resistance 0.7293 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru ke paras sekitar 0.7341 (MagicR3).

Sentiasa berjaga-jaga terhadap kenyataan oleh bank pusat Australia dan pantau juga perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang turut mempengaruhi perubahan pada nilai dagangan Aussie dalam pasaran semasa. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti setiap hari.

Paras support: 0.7056, 0.7008, 0.6913.

Paras resistance: 0.7199, 0.7293, 0.7341.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat