Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 8/11/2018

165

Nilai matawang dollar USD yang sedikit terjejas ekoran ketidaktentuan politik selepas piliharanraya di AS berakhir semalam memberi kelebihan kepada Aussie untuk terus melonjakkan harga pada chart AUD/USD di samping matawang AUD tersebut positif dengan keadaan sentimen pasaran semasa yang semakin stabil. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk dagangan semalam, pergerakan harga sedikit tidak menentu pada sesi pasaran Asia dengan keputusan semasa mempengaruhi perubahan harga. Namun, Parti Demokrasi telah memenangi pilihanraya seperti yang dijangkakan sebelum ini membuatkan nilai matawang USD terus mengalami kejatuhan nilai. Oleh itu, harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga mencapai paras ketinggian baru di paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun, pada sesi pasaran Asia, USD cuba untuk kembali menekan harga setelah tumpuan pelabur beralih ke arah mesyuarat FOMC awal pagi Jumaat.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak mendatar pada permulaan sesi serta sedikit menurun ke arah paras Magic Pivot 0.7262. Namun, harga cuba membuat sedikit kenaikan setelah AUD yang terkesan daripada data yang dikeluarkan di China yang menunjukkan lebihan dagangan yang meningkat kepada 233.63 billion Yuan pada Oktober berbanding bulan sebelumnya yang mencatatkan 213.23 billion Yuan. Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras resistance 0.7311 (MagicR1) untuk harga menguji paras ketinggian harga pada September lalu. Kemudiannya, harga akan terus mencari paras ketinggian yang baru menuju ke paras 0.7349 (MagicR2) dan jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras ketinggian harga pada Ogos lalu di paras 0.73600, harga berpotensi mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 0.7398 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh dan menekan semula harga ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7262 dan menuju ke paras support pada 0.7224 (MagiS1) untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) semasa pada chart AUD/USD ini. Dan sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut, harga dijangka akan meneruskan penurunan menuju ke paras support 0.7175 (MagicS2) seterusnya boleh mencecah penurunan sehingga ke paras 0.7137 (MagicS3) yang dilihat berada pada zon RBS yang lebih rendah.

Terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa yang mana masih memberi kelebihan buat Aussie pada waktu sekarang. Pelabur akan lebih berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti. Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD untuk melihat paras support dan resistance yang terbaik dan juga lebih memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7224, 0.7175, 0.7137.

Paras resistance: 0.7311, 0.7349, 0.7398.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat