Analisis teknikal ETH/USD – Timeframe H4 – 16/1/2018

356

Jika diperhatikan ketika ini, Ethereum telah bearish dan melakukan spike ke sekitar harga Key Support Zone dan mula membuat kenaikan semula. Ia telah membentuk satu candlestick pin bar bullish pada timeframe H4 dan sekiranya ia masih tidak breakout Key Support Zone potensi masih ke arah bullish ketika ini.

Dari segi pergerakan wave, matawang crypto ethereum ini masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) dan target terhampir yang berpotensi dicapai jika ia meneruskan bullish adalah pada sekitar harga Key Resistance $1350 – $1420.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support Zone ini, ethereum akan mulai merudum dan berpotensi tinggi untuk bearish ke harga yang lebih rendah berkemungkinan ke paras harga di bawah $1000. Oleh itu, penting untuk memperhatikan Key Support dan Key Resistance ketika ini untuk menentukan pergerakan seterusnya samaada ia akan bullish atau bearish pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat