Analisis Teknikal EUR/AUD – Timeframe H1 – 29/8/2018

546

Nilai matawang AUD yang dilihat positif semalam ternyata tidak mampu bertahan lama setelah pasaran melihat matawang Aussie hari ini lebih berisiko. AIG Indeks Perkhidmatan, iaitu sektor yang menyumbang 70% kepada GDP di Australia menunjukkan kelemahan sekaligus melemahkan nilai AUD.

Tambahan lagi, krisis perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China dilihat bakal hangat semula dengan laporan yang menyatakan bahawa US bakal menambahkan lagi tarif sejumlah 200billion dollar terhadap barangan China pada September ini. Matawang AUD dilihat sebagai matawang yang paling lemah didagangkan buat masa ini.

Sementara itu, pasaran masih melihat matawang EURO dengan sentimen yang positif seperti sebelum ini dimana belum ada berita-berita atau isu yang mempengaruhi nilai matawang tersebut. Di samping data-data ekonomi di EURO yang baik, EURO akan mendapat kelebihan di atas kejatuhan nilai matawang USD berdasarkan faktor sifatnya yang Anti-USD.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang EUR/AUD, EURO terus mendominasi harga berbanding Aussie di mana kenaikan dibuat sejak minggu lalu. Harga bergerak mendatar semalam di antara julat harga 1.59546-1.58796 dan kembali lemah pada awal sesi pasaran Asia dibuka hari ini.

Namun pada lewat sesi, harga terus melonjak dan menembusi (breakout) paras resistance 1.59500 setelah AUD melemah di atas faktor perang dagang AS-China yang kembali menjadi tumpuan pasaran. Harga semasa berada di sekitar paras 1.59650 setakat jam 4.15 petang ini dan jika harga terus menyambung kenaikan, resistance terdekat yang bakal diuji adalah pada paras 1.60500.

Sebaliknya, jika harga kembali melemah dan jatuh semula ke bawah paras 1.59500, harga berpotensi kembali ke paras support 1.58400 atau lebih rendah. Terus mengikuti perkembangan krisis perang dagang dan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga bagi EUR/AUD.

Paras support: 1.58913, 1.58480, 1.58163.
Paras resistance: 1.59663, 1.59980, 1.60413.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat