Analisis Teknikal EUR/AUD – Timeframe H1 – 6/9/2018

568

Matawang EURO kembali dilihat positif dalam pasaran setelah perkembangan terbaru dalam rundingan Brexit yang dilihat turut positif. Laporan Bloomberg yang menyatakan UK dan Jerman bersedia untuk mengabaikan tuntutan penting bagi meneruskan perjanjian Brexit.

Laporan itu menunjukkan bahawa Jerman bersedia untuk menerima perjanjian dengan syarat yang lebih longgar terhadap hubungan perdagangan dan ekonomi dengan UK di masa hadapan dalam usaha EU untuk mencapai kesepakatan dalam perjanjian tersebut. Kesan daripada itu, EURO dilihat kembali mengukuh begitu juga matawang GBP semalam dan pergerakan besar harga dapat dilihat melibatkan kedua-dua matawang tersebut.

Sementara itu, data imbangan dagangan (trade balance) untuk Australia pada pukul 9.30 pagi tadi mencatatkan bacaan yang agak baik. Walaupun data tersebut yang mencatat bacaan 1.55B AUD, lebih rendah dari data sebelum ini (1.94B), namun sedikit baik daripada ramalan 1.46B.

Sentimen semasa bagi AUD masih belum menyokong keyakinan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh RBA. AUD juga sebagai salah satu rakan dagang terbesar China menerima tempias berkenaan krisis perang dagang antara AS-China yang masih berlarutan sehingga hari ini menambahkan lagi tekanan terhadap nilai matawang tersebut.

Dari segi teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/AUD masih lagi dilihat dalam fasa kenaikan di mana harga telah membuat kenaikan dari paras support 1.56000 sejak dari Ogos lalu. Pada dagangan harga semalam, harga membuat penurunan sehingga paras RBS (resistance become support) di 1.60800 sebelum kembali menguji paras resistance pada 1.61150 dan berjaya menembusi (breakout) paras tersebut.

Pada lewat sesi pasaran Asia hari ini, harga telah mencapai ketinggian paras 1.62200 dan kembali menurun semula menuju ke paras 1.61550 semalam di mana harga semasa berada pada paras 1.61630 setakat jam 5 petang. Jika harga gagal menembusi (breakout) paras 1.61550 semalam, harga dijangka akan membuat kenaikan semula dan menuju ke paras resistance terdekat di 1.62760 dan seterusnya di 1.63500.

Namun, jika penurunan harga berjaya dibuat, harga akan menguji semula paras RBS 1.60800 semalam dan jika berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga berkemungkinan untuk mencapai penurunan harga ke paras support 1.60120 dan seterusnya ke 0.59550.

Paras support: 1.60873, 1.60124, 1.59552.
Paras resistance: 1.62194, 1.62766, 1.63515.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat