Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 1/10/2018

452

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu menyaksikan harga terus menyambung penurunan yang dibuat ekoran matawang EURO masih dilihat berisiko atas faktor dibayangi oleh isu krisis kewangan di Itali. Dilihat harga menyentuh paras 1.16500 pada sesi pasaran Asia sebelum harga terus menjunam sehingga ke paras 1.1567 seterusnya harga sedikit membuat kenaikan berkemungkinan faktor pelabur mengambil keuntungan atas posisi belian USD pada penghujung suku ketiga tahunan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, seperti yang dijangka harga bergerak perlahan di permulaan minggu dan juga permulaan suku keempat tahun ini. Namun pasaran masih melihat EURO sebagai dagangan yang berisiko sementara pelabur sedikit berhati-hati menjelang data pekerjaan yang bakal dikeluarkan pada Jumaat ini yang memberi kesan terhadap nilai matawang USD. Harga dilihat didagangkan lemah dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.1606 hari ini dan berkemungkinan untuk turun menuju ke paras support 1.1562 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line. Penurunan yang diteruskan bakal melihatkan harga menguji paras support 1.1524 (MagicS2) yang berada pada zon major support yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini. Dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout) oleh harga, harga boleh membuat penurunan sehingga mencecah paras support 1.1480 (MagicS3).

Sebaliknya, jika EURO hari ini kembali mengukuh berbanding USD, harga boleh melonjak kembali ke paras resistance 1.1644 (MagicR1) yang berdekatan dengan zon SBR (support become resistance) 1.16500 sebelum ini. Jika harga masih berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan membuat kenaikan lebih tinggi menuju ke paras resistance 1.1688 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance 1.1727 (MagicR3). Paras ini juga dilihat berada berdekatan dengan zon SBR iaitu di paras harga 1.17200.

Teliti data-data ekonomi semasa yang melibatkan matawang EURO dan USD khususnya menjelang data pekerjaan yang akan dikeluarkan penghujung minggu ini yang menjangkakan pergerakan besar (volatile) bakal berlaku dalam pasaran. Buat persiapan yang terbaik untuk dagangan pada minggu ini dan lihat juga paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan dalam analisis anda.

 

Paras support: 1.1562, 1.1524, 1.1480.

Paras resistance: 1.1644, 1.1688, 1.1727.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat