Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 1/11/2018

389

Data inflasi zon Eropah yang dikeluarkan petang semalam adalah seperti jangkaan pasaran dan memberikan gambaran yang positif terhadap matawang EURO. Namun EURO gagal mengukuh berbanding matawang USD setelah data pekerjaan ADP di AS mencatatkan angka yang meningkat sekaligus menyokong USD untuk terus mengukuh menjelang data pekerjaan NFP pada Jumaat ini. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan penurunan harga dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi paras support MagicS2 dan mencatatkan paras terendah yang baru pada 1.13000.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan semula dan telah melepasi paras Magic Pivot 1.1324 dan juga melepasi paras resistance 1.1347 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan momentum kenaikan yang dibuat, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.1382 (MagicR2) iaitu paras yang diuji harga pada Selasa. Seterusnya, jangkaan kenaikan harga seterusnya adalah ke paras resistance 1.1406 (MagicR3) untuk pasaran meneliti reaksi harga pada paras ini sama ada harga mampu membuat higher high yang baru pada kenaikan lebih tinggi jika dapat melepasi paras tersebut.

Namun begitu, berkemungkinan juga harga akan ditekan semula ke paras rendah dengan jangkaan pasaran terhadap matawang USD yang kukuh menjelang data pekerjaan NFP Jumaat ini. Jika harga kembali membuat penurunan semula, harga dijangka akan breakout paras 1.13000 yang menjadi paras terendah harga semalam dan menuju ke paras support terdekat pada 1.1289 (MagicS1). Harga yang meneruskan lagi penurunan bakal menuju pula ke paras support pada 1.1266 (MagicS2) sebelum harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras 1.1231 (MagicS3) jika EURO gagal menghalang momentum pengukuhan USD.

Kawal posisi dagangan anda menjelang data pekerjaan NFP AS yang pada kebiasaannya memberi pergerakan turun naik (volatile) yang agak besar dalam pasaran khususnya pasangan matawang USD. Teliti paras harga pada indicator Moshed Magic Line dan perhatikan reaksi harga pada chart EUR/USD terhadap paras-paras tersebut.

 

Paras support: 1.1289, 1.1266, 1.1231.

Paras resistance: 1.1347, 1.1382, 1.1406.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat