Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 13/12/2018

249

Perkembangan positif pada isu Brexit berikutan undian no-confidence yang memihak kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May turut memberikan sokongan terhadap pengukuhan nilai matawang EURO. Selain itu, perkembangan di zon Eropah berkenaan isu bajet Itali, kerajaan Itali dilaporkan telah bersetuju untuk mengurangkan sasaran defisit belanjawan mereka untuk tahun hadapan dan menjangkakan Suruhanjaya Eropah akan menerima cadangan belanjawan baru tahun 2019 yang telah dikemaskini untuk kali ini. Sementara di Amerika Syarikat pula, kadar inflasi tahunan telah mencatatkan penurunan seperti jangkaan pasaran ke paras 2.2% untuk bulan November berbanding 2.5% pada Oktober lalu. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga telah membuat kenaikan sekitar 70 pips melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak lemah di sekitar paras harga 1.13700 sehingga ke penghujung sesi. Jika harga menyambung kenaikan yang dilakukan semalam, harga akan menuju ke paras resistance 1.1399 (MagicR1) sebelum kenaikan lebih tinggi akan menguji zon ketinggian semasa pada chart EUR/USD sekitar resistance 1.1430 (MagicR2). Jika harga berjaya mengatasi kenaikan daripada paras tersebut, jangkaan harga mampu untuk mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar paras 1.1473 (MagicR3).

Namun jika harga dilihat membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.1356 hari ini, harga bakal menuju ke paras support 1.1325 (MagicS1). Seterusnya, terdapat paras resistance yang berada lebih rendah dilihat turut akan menjadi tumpuan harga untuk penurunan yang diteruskan iaitu pada paras 1.1282 (MagicS2). Sekiranya paras support tersebut masih mampu dilepasi harga, harga bakal mencari paras terendah yang baru di paras lebih rendah sekitar 1.1251 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah serta isu Brexit yang akan terus mempengaruhi pergerakan nilai matawang EURO dan khususnya pada chart EUR/USD. Tumpuan pasaran adalah terhadap pengumuman kadar faedah oleh ECB pada malam ini. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1325, 1.1282, 1.1251.

Paras resistance: 1.1399, 1.1430, 1.1473.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat