Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 16/10/2018

279

Jika diteliti pada dagangan hari semalam, beberapa matawang utama mengambil kesempatan di atas kelemahan matawang US dollar berikutan keadaan pasaran semasa yang berisiko ditambah pula dengan data jualan runcit di AS yang merosot. Dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam, harga mampu dilonjakkan semula di mana harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan agak perlahan dilihat membuat penurunan menguji paras Magic Pivot 1.1574. Jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga dijangka akan menguji semula paras resistance 1.1609 (MagicR1) iaitu paras ketinggian harga dicapai semalam. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan ke paras resistance 1.1642 (MagicR2) untuk menguji pula zon paras SBR (support become resistance) itu. Harga yang masih meneruskan lonjakan sehingga breakout paras tersebut berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.1678 (MagicR3) yang berada pada paras yang lebih tinggi.

Namun, jika USD kembali mengukuh semula dalam pasaran semasa, berkemungkinan harga dilihat akan membuat penurunan menuju ke paras support 1.1541 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Sekiranya harga breakout paras support tersebut untuk menyambung penurunan ke paras yang lebih rendah, paras yang dijangka berpotensi untuk dicecah harga adalah pada support 1.1505 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support 1.1473 (MagicS3) yang berada lebih rendah.

Kawal posisi dagangan anda pada pasangan matawang EUR/USD ini menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) yang dijangka akan memberi impak besar terhadap pergerakan harga dalam pasaran semasa. Lihat pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengenalpasti paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1541, 1.1505, 1.1473.

Paras resistance: 1.1609, 1.1642, 1.1678.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat