Analisis teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 17/1/2018

908

Seperti jangkaan, EUR/USD berjaya untuk melakukan sedikit retracement ke sekitar Key Support semalam dan membuat kenaikan hampir 90 pips dengan mencapai Key Resistance 1.2300 pada hari ini. Secara teknikal, momentum wave pada sesi asia ini masih menunjukkan pergerakan ke arah bullish.

Walaubagaimanapun, jika diperhatikan harga EUR/USD ketika ini berada di satu zone ‘support become resistance’ di timeframe weekly. Di timeframe H4 pula ia berpotensi membentuk reversal pattern ke arah bearish iaitu ‘double top’ sekiranya ia tidak berjaya untuk breakout Key Resistance 1.2300 ini.

Jadi sekiranya ‘long’, risiko yang bersesuai adalah di bawah paras harga Key Support. Dan target masih kekal ke sekitar 1.2350/1.2400. Tetapi sekiranya ia breakout Key Support, EUR/USD berpotensi tinggi untuk mulai membentuk wave bearish bagi melengkapkan pattern ‘double top’ dan terus bearish. Oleh itu, penting untuk memperhatikan Key Support Zone dan Key Resistance ketika ini samaada ia akan breakout ke atas/bawah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat