Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 21/8/2108

1,454

Matawang USD semalam didagangkan lemah sehingga sesi pasaran Asia hari ini (Selasa) ekoran kritikan presiden Donald Trump terhadap dasar penetapan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (FED) di US.

Kenyataan beliau yang tidak bersetuju dengan keputusan FED untuk menaikkan kadar kaedah menyebabkan matawang USD terus melemah berbanding hampir keseluruhan matawang-matawang utama yang lain.

Namun, kritikan Trump terhadap FED memberi kesan positif terhadap matawang anti-USD iaitu EURO. EURO mencuri kesempatan dan dilihat membuat kenaikan sejak semalam berbanding matawang USD yang melemah.

Secara teknikal, harga bagi chart EUR/USD dilihat membuat kenaikan semalam dari support 1.14000 sehingga ke paras 1.14855.

Pada awal sesi pasaran Asia dibuka, harga terus melonjak ke paras resistance 1.15300 sebelum mula bergerak perlahan dan harga semasa berada pada zon 1.15200 setakat jam 3.20 petang. Jika USD terus didagangkan lemah dan harga terus membuat kenaikan, paras resistance yang bakal diuji adalah pada paras 1.16200.

Namun jika sentimen pasaran berubah dan menyokong semula matawang USD, harga berkemungkinan kembali ke paras support semalam iaitu di 1.14000. perhatian perlu diberikan terhadap setiap kenyataan daripada presiden Trump serta pekembangan sentimen pasaran global semasa yang akan mempengaruhi pergerakan matawang-matawang ini.

Paras support: 1.14210, 1.13609, 1.13286.
Paras resistance: 1.15134, 1.15457, 1.16058.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat