Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 21/9/2018

488

Sentimen pasaran semalam yang dilihat semakin stabil kembali membuatkan matawang USD mengalami kejatuhan nilai. Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD semalam dilihat telah membuat lonjakan dari paras Magic Pivot terus menuju ke resistance MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line. Harga telah berjaya menembusi (breakout) zon resistance 1.17200-1.1700 dan membuat Higher High yang baru. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan pada sekitar paras harga 1.17800.

Pada awal sesi pasaran Eropah, harga dilihat cuba membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1819 (MagicR1). Jika USD terus didagangkan lemah dan harga berjaya melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 1.1860 (MagicR2). Jika kenaikan harga masih diteruskan, pasaran ingin melihat reaksi harga pada paras yang menjadi tumpuan harga sebelum ini iaitu pada paras resistance 1.1935 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1744, harga dijangka akan menguji semula paras support 1.1703 (MagicS1) yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini. Seterusnya, jika harga terus membuat penurunan, paras yang dilihat bakal dicecah harga berada pada paras support 1.1628 (MagicS2). Dan paras support terdekat yang lebih rendah dilihat pada paras support 1.1587 (MagicS3).

Pantau sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart EUR/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras-paras penting dalam memilih posisi trading yang terbaik.

 

Paras support: 1.1703, 1.1628, 1.1587.

Paras resistance: 1.1819, 1.1860, 1.1935.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat