Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 23/8/2018

1,604

Matawang USD dilihat menguat hari ini berbanding matawang utama yang lain berikutan minit mesyuarat FED yang dikeluarkan awal pagi tadi. Kekuatan USD didorong oleh perbincangan tentang kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat dalam usaha untuk mengimbangi kestabilan ekonomi di US.

Selain itu, USD terus disokong oleh isu tarif antara AS dan China yang dijangka akan terus meningkat ekoran daripada Amerika Syarikat mula mengutip tarif bernilai 16 billion dollar barangan China bermula hari ini.

Sebaliknya, matawang EURO dijangka didagangkan lemah dan antara faktor yang memberi tekanan terhadap EURO adalah krisis kewangan di Itali. Tambahan lagi, data PMI di zon Eropah pada hari ini yang dijangka lemah ekoran bacaan penurunan dalam pesanan kilang Jerman dan pengeluaran perindustrian bakal menyebabkan aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan bergerak perlahan.

Secara teknikal, harga bagi chart EUR/USD dilihat membuat kenaikan selama enam mingu berturut-turut sehingga mencapai paras resistance 1.16200, namun tidak berjaya menembusi(breakout) paras tersebut. Harga dilihat membuat penurunan sejak awal sesi pasaran Asia berikutan USD yang menguat sehingga ke paras support 1.15600 iaitu paras julat harga semalam.

Harga semasa bergerak perlahan dan berada pada zon harga 1.56650 setakat jam 2.30 petang. Jika kekuatan USD terus menekan harga ke paras lebih rendah, paras support yang berpotensi untuk dicapai adalah pada paras 1.14800. Sebaliknya, jika harga membuat lonjakan, paras resistance yang perlu diuji adalah pada 1.16200 sebelum ini, dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, beri tumpuan pada paras resistance 1.17000 yang berkemungkinan mampu dicapai.

Tumpuan pasaran buat masa ini adalah kenaikan kadar faedah oleh FED yang memberi impak besar kepada pergerakan matawang USD.

Paras support: 1.15587, 1.15213, 1.14888.
Paras resistance: 1.16286, 1.16611, 1.16985.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat