Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 29/10/2018

445

Mengimbas semula untuk dagangan pada chart pasangan matawang EUR/USD Jumaat lalu, harga telah memcapai paras terendah yang baru. Pergerakan harga agak perlahan pada sesi pasaran Asia dan cuba membuat kenaikan pada awal sesi Eropah sebelum harga membuat penurunan dengan USD yang mula mengukuh menjelang data GDP(KDNK) jam 8.30 malam. Penurunan harga sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line itu kemudiannya kembali melonjak semula sehingga melepasi paras Magic Pivot dan menyentuh paras resistance MagicR1 dengan faktor data GDP di AS yang kurang memuaskan dan berkemungkinan juga berlaku aktiviti pengambilan keuntungan pada kebiasaan penghujung minggu dagangan selain dari faktor kejatuhan pasaran saham AS.

Sebagai permulaan dagangan minggu ini, pasaran pada sesi Asia dilihat agak perlahan seperti kebiasaannya. Namun harga dilihat telah membuat sedikit penurunan sehingga ke paras Magic Pivot 1.1386 hari ini. Jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah melepasi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan cuba untuk menyambung semula kenaikan harga pada penghujung minggu lalu dan menuju ke paras resistance 1.1436 (MagicR1) yang dilihat sebagai paras SBR (support become resistance) dan bakal diuji harga. Seterusnya jika harga berjaya breakout paras SBR tersebut, harga dijangka akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1471 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras resistance 1.1522 (MagicR3) yang berada pada zon SBR yang lebih tinggi.

Namun, jika USD kembali mendapatkan kembali momentum pengukuhan harga, pasaran bakal menyaksikan penurunan harga terus berlaku dan harga akan menuju ke paras support 1.1350 (MagicS1) untuk menguji paras lower low pada Jumaat. Kemudiannya, harga yang berjaya breakout paras tersebut dan turun ke paras lebih rendah, harga bakal membuat paras lower low yang baru berkemungkinan menuju ke paras support pada 1.1300 (MagicS2) yang merupakan paras terendah dicapai sejak Ogos lalu. Sekiranya harga terus mengalami kejatuhan dan melepasi paras support tersebut, harga mampu mencecah penurunan ke paras support yang berada lebih rendah iaitu dilihat pada 1.1265 (MagicS3).

Diingatkan kepada semua trader bahawa minggu ini pasaran akan tertumpu semula kepada data pekerjaan di AS pada Jumaat ini. Rancang dagangan anda sebaik mungkin dan bijak menjaga risiko supaya dagangan anda sentiasa terkawal. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras-paras yang sesuai untuk posisi dagangan pada chart EUR/USD ini.

 

Paras support: 1.1350, 1.1300, 1.1265.

Paras resistance: 1.1436, 1.1471, 1.1522.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat