Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 30/1/2019

262

Matawang EURO gagal mengekalkan pengukuhan apabila dilihat mula menunjukkan penurunan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD. EURO turut terpalit isu tumpuan pasaran semalam iaitu undian Parlimen untuk rancangan “Pelan B” Brexit Theresa May. Matawang dolar USD pula didagangkan mendatar berikutan pasaran masih gelisah menantikan keputusan mesyuarat FOMC untuk penetapan kadar faedah yang terbaru. Pergerakan harga pada chart EUR/USD semalam mencapai paras ketinggian pada resistance MagicR1 sebelum turun menguji paras terendah dagangan harian sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat bergerak di atas paras Magic Pivot 1.1432 hari ini dan cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1452 (MagicR1). Jika harga berjaya mengatasi paras resistance pada ketinggian yang dicapai semalam itu, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras tumpuan seterusnya iaitu pada resistance 1.1471 (MagicR2). Harga yang berjaya melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut berkemungkinan akan mencapai paras ketinggian semasa yang baru untuk EUR/USD sekitar paras 1.1491 (MagicR3).

Namun jika harga kembali ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, penurunan awal harga dilihat akan menguji paras terendah dagangan semalam di paras support 1.1412 (MagicS1). Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan ke paras terendah dagangan hari sebelumnya iaitu pada Isnin, sekitar paras 1.1393 (MagicS2). Dan kemudian, paras support lebih rendah di sekitar 1.1373 (MagicS3) dilihat sebagai destinasi tumpuan harga pada penurunan seterusnya jika USD berjaya memberi tekanan terhadap EURO dalam pasaran semasa.

Kawal risiko dagangan anda menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok dan terus pantau tindakan susulan Theresa May setelah undian pelan Brexit beliau ditolak lagi. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1412, 1.1393, 1.1373.

Paras resistance: 1.1452, 1.1471, 1.1491.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat