Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 5/11/2018

349

Data yang ditunggu-tunggu pada dagangan minggu lalu iaitu pada Jumaat menunjukkan kadar pertumbuhan pekerjaan di Amerika Syarikat melonjak pada Oktober serta data gaji yang menunjukkan kenaikan terbesar dalam 9 tahun setengah ini kembali memberi kelebihan terhadap matawang USD. Seperti mana yang semua tahu, USD telah didagangkan merosot berbanding majoriti matawang utama yang lain pada penghujung minggu lalu berikutan sentimen pasaran yang dilihat kembali pulih. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat telah membuat kenaikan sehingga menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga menjunam semula ke paras Magic Pivot setelah data pekerjaan NFP dikeluarkan sebelum harga ditutup sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, seperti kebiasaan dagangan sebelum ini, harga akan bergerak perlahan pada dagangan awal minggu di mana harga pada chart EUR/USD dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.1404 hari ini dan bergerak menurun dengan kadar yang perlahan. Jika USD dapat mengekalkan pengukuhan yang dibuat pada Jumaat lalu, harga berkemungkinan akan ditekan lebih rendah ke paras support terdekat iaitu pada paras 1.1353 (MagicS1). Kemudiannya, harga dijangka akan menyambung penurunan dan menguji paras support pada 1.1320 (MagicS2) untuk harga menguji paras terendah yang dicapai harga pada Rabu lalu. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan membuat paras lower low yang baru berkemungkinan menuju ke paras support 1.1268 (MagicS3).

Namun, jika matawang EURO kembali didagangkan lebih kukuh berbanding USD seperti dagangan penghujung minggu lalu, harga dilihat akan cuba menguji paras resistance 1.1437 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance) yang terdekat dengan harga semasa pada chart EUR/USD. Seterusnya, jangkaan kenaikan yang diteruskan harga akan menuju ke paras resistance pada 1.1489 (MagicR2) terlebih dahulu sebelum harga meneruskan lagi kenaikan untuk menguji paras resistance 1.1522 (MagicR3) yang juga dilihat berada pada paras SBR yang lebih tinggi.

Lengkapkan analisis anda pada permulaan minggu ini dengan melihat data-data ekonomi dan isu-isu yang bakal mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran sepanjang minggu ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis teknikal harian anda pada setiap chart terutama pada chart EUR/USD yang menjadi pilihan trader di seluruh dunia.

 

Paras support: 1.1353, 1.1320, 1.1268.

Paras resistance: 1.1437, 1.1489, 1.1522.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat