Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 5/12/2018

253

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan Selasa semalam menunjukkan harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan menguji paras ketinggian pada dagangan semalam di paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, harga kemudian menunjukkan penurunan ketara sekitar 100 pips sehingga ke paras support MagicS1 pada sesi pasaran New York setelah sentimen pasaran semasa kembali dilihat berisiko. Indeks saham utama global mengalami kemerosotan dan disamping itu juga, kebimbangan terhadap hubungan dagang AS-China kembali melanda pasaran setelah kenyataan berunsur ancaman daripada Presiden Donald Trump melihatkan perjanjian damai 90 hari kembali goyah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras terendah penurunan harga semalam dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1360 hari ini. Jika harga terus menyambung penurunan semalam, harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) di sekitar paras support 1.1300 (MagicS1).  Harga yang berjaya menembusi paras tersebut dilihat akan menuju pula ke paras support pada 1.1259 (MagicS2) dan seterusnya harga akan menguji zon major support di paras 1.1220 dan jika harga masih meneruskan penurunan, destinasi tumpuan harga seterusnya adalah ke paras support 1.1200 (MagicS3) yang berada di paras lebih rendah.

Namun, jika pergerakan harga pada chart EUR/USD menunjukkan kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan naik menguji paras resistance 1.1401 (MagicR1) di sekitar zon ketinggian harga semalam. Kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji pula paras ketinggian semasa pada chart EUR/USD di paras resistance 1.1460 (MagicR2) dan sekiranya harga berjaya mengatasi ketinggian dari paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru ke paras sekitar 1.1502 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan global di zon Eropah dan juga faktor-faktor yang memberi kesan kepada perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa. Kawal dagangan anda menjelang laporan data pekerjaan NFP minggu ini dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk panduan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1300, 1.1259, 1.1200.

Paras resistance: 1.1401, 1.1460, 1.1502.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat