Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 7/12/2018

326

Matawang dollar USD terus menerima tekanan dan mengalami kejatuhan nilai pada dagangan semalam setelah data pekerjaan ADP di Amerika Syarikat mencatatkan angka yang lebih rendah daripada jangkaan. Walaupun data PMI tidak termasuk sektor perkilangan (non-manufacturing) menunjukkan bacaan yang positif, namun gagal untuk mengukuhkan nilai USD yang terus berada dalam tekanan. Data pekerjaan ADP yang lemah berkemungkinan akan memberi petunjuk kepada laporan pekerjaan NFP yang kurang memberangsangkan pada malam ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga membuat lonjakan melepasi paras Magic Pivot semalam dan meneruskan kenaikan sehingga hampir menyentuh paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali bergerak di sekitar paras resistance yang lebih rendah. Kenaikan harga didorong oleh kejatuhan ketara nilai matawang USD sementara tiada berita utama melibatkan perubahan nilai matawang EURO.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan sementara menunggu laporan data pekerjaan NFP di AS pada malam ini dan dilihat berada di atas paras Magic Pivot 1.1370 hari ini. Jika USD terus didagangkan lemah hari ini, harga dijangka akan meneruskan kenaikan menguji paras ketinggian semalam pada resistance 1.1419 (MagicR1). Kemudiannya, harga bakal naik lebih tinggi dan menuju pula ke paras resistance di sekitar 1.1462 (MagicR2) sebelum lonjakan harga seterusnya berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru di paras 1.1511 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali mengukuh dan menekan semula harga ke paras lebih rendah, harga dijangka akan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot dan menuju ke paras support terdekat pada 1.1326 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dilihat akan menguji zon terendah semasa harga pada chart EUR/USD di sekitar support 1.1277 (MagicS2). Dan sekiranya harga berjaya membuat penurunan lebih rendah mencari paras terendah yang baru, dilihat paras support pada 1.1234 (MagicS3) bakal menjadi destinasi yang dituju harga seterusnya.

Kawal dagangan anda menjelang laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada malam ini yang berkemungkinan memberikan kejutan dalam pasaran. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dan memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1326, 1.1277, 1.1234.

Paras resistance: 1.1419, 1.1462, 1.1511.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat