Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 8/10/2018

413

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu agak perlahan pada awal sesi pasaran Asia di mana pasaran menunggu data pekerjaan NFP dikeluarkan pada 8.30 malam. Data yang dikeluarkan agak bercampur-campur di mana data NFP yang mencatat pertambahan perkerjaan adalah kurang daripada ramalan namun kadar pengangguran pula merekodkan bacaan data yang baik di mana bacaan mencapai paras terendah hampir 50 tahun lalu. Jika dilihat pergerakan harga berdasarkan indicator Moshed Magic Line pada dagangan Jumaat lalu, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga menyentuh paras resistance MagicR1 sebelum membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot dan menutup harga di sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan di mana harga dilihat cuba menguji paras resistance 1.15300 sebelum harga membuat sedikit penurunan ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1517 hari ini. Jika USD terus mengukuh dan berjaya menekan harga ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.1484 (MagicS1) dan seterusnya turun lebih rendah berkemungkinan ke paras support 1.1451 (MagicS2) untuk membuat Lower Low yang baru. Dan jika penurunan harga masih diteruskan, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.1418 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula, paras resistance 1.1550 (MagicR1) dilihat sebagai paras awal yang akan diuji harga terlebih dahulu. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga dijangka akan membuat kenaikan ke paras resistance 1.1583 (MagicR2). Dan paras resistance seterusnya yang menjadi tumpuan harga jika kenaikan harga masih diteruskan, adalah dilihat di paras 1.1616 (MagicR3).

Pergerakan pasaran dijangka agak perlahan pada permulaan minggu ini namun dinasihatkan supaya anda sentiasa mengawal risiko dalam trading sebaik mungkin. Untuk analisis teknikal, gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam mencari paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 1.1484, 1.1451, 1.1418.

Paras resistance: 1.1550, 1.1583, 1.1616.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat