Analisis Teknikal GBP/CAD – Timeframe H1 – 21/8/2108

413

Sentimen semasa masih belum lagi berubah dan mempengaruhi matawang GBP. Seperti sebelum ini, GBP masih lagi dilihat sebagai salah satu matawang yang agak berisiko kesan daripada kenyataan yang agak dovish daripada Bank of England (BOE) terhadap kenaikan kadar faedah di UK. Pelabur juga masih berasa ragu-ragu ekoran isu Brexit yang masih menjadi tanda tanya.

Begitu juga dengan sentimen semasa di Kanada yang tidak banyak berubah. CAD masih dilihat positif berikutan jangkaan kejatuhan pengeluaran minyak dari Iran seterusnya akan meningkatkan harga minyak di Kanada dan menyokong matawang CAD. Kadar inflasi juga turut mencatatkan bacaan tertinggi sejak 2011 di Kanada.

Secara teknikal, harga bagi matawang GBP berbanding CAD dilihat tidak mampu menyambung penurunan yang dibuat sejak daripada matawang CAD yang menekan harga lebih rendah semasa data indeks harga pengguna dikeluarkan Jumaat lalu. Harga kembali membuat kenaikan semalam dan bergerak dalam julat harga antara 1.66311-1.67106.

Pada awal sesi pasaran Asia hari ini (Selasa), dilihat harga membuat sedikit kenaikan sehingga ke paras 1.67300 sebelum kembali ke paras julat semalam. Jika CAD terus positif dan mampu menekan semula harga ke bawah, paras support yang menjadi tumpuan adalah pada 1.66000.

Sebaliknya, jika harga mampu melonjak naik, paras harga yang berpotensi dicapai adalah pada resistance 1.68000 dan jika harga berjaya menembusi(breakout) paras tersebut, harga bakal menguji resistance pada paras 1.69100. Ikuti perkembangan isu minyak mentah dan Brexit serta sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga bagi GBP/CAD.

Paras support: 1.66411, 1.65963, 1.65616.
Paras resistance: 1.67206, 1.67553, 1.68001.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat