Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 14/9/2018

899

Matawang GBP yang mengukuh semalam ekoran komen positif daripada Mario Draghi yang memberi impak positif terhadap GBP dan EURO, melihatkan pergerakan harga pada chart GBP/JPY melonjak dan menembusi paras resistance sebelum ini pada 145.600. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah melonjak dari paras Magic Pivot terus ke melepas paras resistance MagicS3 sebelum harga mula bergerak perlahan. Pada sesi pasaran Asia dan London hari ini, harga masih dilihat bergerak lemah di sekitar paras 146.800 dan harga semasa berada pada paras 146.730 setakat jam 6.28 petang.

Jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan dilihat kembali menguji paras 145.600 dan juga paras support 145.504 (MagicS1). Dan jika harga terus didagangkan lemah, harga berpotensi untuk turun ke paras support 144.356 (MagicS2) dan juga ke paras support 143.706 (MagicS3). Paras 142.700 diihat sebagai satu zon major support yang menjadi tumpuan pasaran bagi melihat reaksi harga pada paras tersebut.

Namun, jika harga meneruskan momentum kenaikan semalam, jangkaan paras yang menjadi sasaran harga adalah pada resistance 147.302 (MagicR1) dan seterusnya di paras resistance 147.952 (MagicR2). Paras resistance seterusnya berada pada paras 149.100 (MagicR3) yang juga merupakan satu zon major resistance yang mana ketinggian harga yang pernah dicapai pada Julai lalu.

 

Bagi memantau pergerakan harga bagi chart GBP/JPY, ikuti perkembangan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing mempengaruhi nilai matawang GBP dan JPY. Beri tumpuan juga pada paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu analisis teknikal anda.

 

Paras support: 145.504, 144.356, 143.706.

Paras resistance: 147.302, 147.952, 149.100.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat