Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 15/1/2019

536

Matawang Sterling menunjukkan pengukuhan menjelang undian akhir Parlimen Britain pada hari ini yang akan memberikan keputusan terhadap rundingan Brexit yang berlarutan selama ini. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY menunjukkan harga yang turun ke paras Magic Pivot pada sesi dagangan semalam kemudiannya telah membuat kenaikan melepasi paras SBR (support become resistance) pada 139.500 dan mencapai paras ketinggian dagangan harian pada paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga kembali menutup dagangan sesi pasaran New York di paras lebih rendah semula.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 139.217 hari ini terus menunjukkan kenaikan seawal sesi bermula sehingga ke paras resistance 139.844 (MagicR1) untuk harga menguji dahulu paras ketinggian yang dicapai pada dagangan semalam. Harga kemudian dilihat meneruskan lagi kenaikan melepasi paras resistance tersebut dan menuju pula ke paras resistance lebih tinggi yang berada di paras 140.672 (MagicR2). Jika harga masih mampu melonjakkan harga ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan menguji paras resistance pada 141.299 (MagicR3) yang berpotensi membentuk zon SBR yang baru pada chart GBP/JPY.

Namun jika Yen kembali mengukuh dan berjaya menekan harga ke paras lebih rendah semula, harga berkemungkinan akan turun melepasi paras Magic Pivot 139.217 hari ini dan menuju ke paras support pada 138.389 (MagicS1). Setelah harga menguji paras support tersebut dan berjaya melepasi ke paras lebih rendah lagi, jangkaan penurunan seterusnya harga akan menguji pula paras tumpuan harga pada sekitar 137.762 (MagicS2). Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga dilihat mampu mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar support pada 136.934 (MagicS3).

Kawal dagangan anda menjelang keputusan pada undian Parlimen Britain untuk pelan perjanjian Brexit oleh PM May. Pantau juga perkembangan pada sentimen pasaran yang turut mempengaruhi perubahan pada nilai Yen. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan anda dalam analisis teknikal seharian untuk membantu anda membuat keputusan dagangan dengan lebih jelas serta risiko yang terkawal.

 

Paras support: 138.389, 137.762, 136.934.

Paras resistance: 139.844, 140.672, 141.299.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat