Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 19/10/2018

460

Kombinasi pasangan matawang Sterling dan Yen adalah sangat menarik untuk dagangan Khamis di mana matawang Yen yang kembali mengukuh berikutan sentimen pasaran risk-off telah menekan harga pada chart GBP/JPY mengambil kesempatan di atas kemerosotan nilai GBP dalam pasaran semasa. Matawang GBP kembali didagangkan berisiko dengan faktor data-data ekonomi UK yang lemah selain daripada isu ketidaktentuan Brexit. Harga dilihat telah menjunam dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga sedikit membuat kenaikan dan menuju ke paras Magic Pivot 146.517 hari ini di mana harga kelihatan masih menguji paras tersebut yang berada di zon SBR (support become resistance) pada sesi pasaran Eropah setakat jam 4.43 petang. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan menyambung semula penurunan yang dibuat menuju pula ke paras support 145.264 (MagicS1). Seterusnya, jangkaan harga akan meneruskan penurunan ke paras support 144.542 (MagicS2) jika Sterling terus didagangkan lemah dalam pasaran. Ditambah pula dengan sentimen pasaran berisiko yang mengukuhkan lagi Yen, harga mampu membuat penurunan sehingga mencecah ke paras support 143.289 (MagicS3).

Sebaliknya, jika sentimen pasaran kembali pulih dan Brexit kembali positif, berkemungkinan harga bakal melonjak semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 147.239 (MagicR1). Lonjakan harga seterusnya bakal menyaksikan harga mencapai kenaikan sehingga ke paras resistance pada 148.492 (MagicR2). Seterusnya, kenaikan harga yang masih diteruskan akan menuju pula ke paras 149.214 (MagicR3) yang dilihat berada pada zon major resistance yang beberapa kali telah diuji harga sebelum ini dan masih gagal harga mencari paras ketinggian yang baru.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan beri tumpuan juga terhadap sentimen pasaran semasa yang tidak menentu dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai bahan rujukan tambahan dalam meningkatkan kualiti dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 145.264, 144.542, 143.289.

Paras resistance: 147.239, 148.492, 149.214.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat