Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 21/11/2018

476

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY sejak dagangan awal minggu ini dilihat mendatar sehingga ke sesi dagangan semalam. Sentimen pasaran yang tidak menentu sedikit mengganggu nilai matawang Yen sementara isu Brexit pula menambahkan risiko pada dagangan Sterling. Pada sesi dagangan semalam, harga pada chart GBP/JPY dilihat bergerak mendatar di antara julat paras Magic Pivot dan support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam dan pergerakan harga mula perlahan di paras support MagicS1 menjelang penghujung sesi pasaran New York hampir menutup dagangannya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergelut untuk membuat kenaikan namun berjaya melepasi paras Magic Pivot 144.358 hari ini dan telah menyentuh paras resistance 144.709 (MagicR1) pada awal sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance pada 145.248 (MagicR2) untuk harga menguji paras ketinggian harga pada dagangan Isnin. Dan sekiranya harga mampu meneruskan kenaikan sedikit tinggi lagi, paras resistance 145.599 (MagicR3) bakal diuji yang mana paras tersebut dilihat sebagai zon tumpuan harga pada chart GBP/JPY.

Namun, jika Yen berjaya mengukuh kembali dan mengambil kesempatan di atas kelemahan dagangan Sterling, pasaran akan melihat kejatuhan harga terus berlaku pada chart GBP/JPY dan penurunan awal harga dilihat akan menuju ke paras support 143.819 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan lagi penurunan menuju pula ke paras 143.468 (MagicS2) dan jika harga terus mengalami kejatuhan berterusan, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 142.929 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit di mana Perdana Menteri Theresa May sedang sedaya upaya mendapatkan kembali sokongan pada pelan Brexitnya. Bandingkan analisis anda dengan berpandukan pada paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line bagi melihat keberkesanannya pada dagangan anda pada chart GBP/JPY.

 

Paras support: 143.819, 143.468, 142.929.

Paras resistance: 144.709, 145.248, 145.599.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat