Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 22/11/2018

576

Pada sesi dagangan semalam, harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat cuba untuk membuat kenaikan walaupun pergerakan harga dilihat agak perlahan. Ini kerana kedua-dua matawang tersebut didagangkan lemah dalam pasaran dengan Sterling masih dibayangi isu Brexit sementara Yen pula terkesan dengan sentimen semasa pasaran yang semakin pulih. Data harga pengguna  yang dikeluarkan awal pagi ini di Jepun masih dilihat kekal di bawah sasaran Bank of Japan (BOJ). Berdasarkan pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam pada chart GBP/JPY, harga membuat kenaikan pada paras terendah semasa sekitar 144.00 sehingga melepasi paras Magic Pivot dan juga paras resistance MagicR1 sebelum harga kembali turun semula dan menutup harga pada sesi pasaran New York di sekitar paras Magic Pivot semula.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih dilihat bergerak mendatar dan berlegar di paras Magic Pivot 144.425 hari ini sebelum harga kemudian cuba membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot tersebut menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga dilihat akan ke paras resistance 144.892 (MagicR1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga akan meneruskan lagi kenaikan menuju pula ke paras resistance pada 145.343 (MagicR2) sebelum harga naik menguji zon tumpuan harga sekitar paras resistance 145.810 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 144.425, harga akan menguji support 143.974 (MagicS1) terlebih dahulu. Kemudiannya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru berkemungkinan menuju ke paras sekitar 143.507 (MagicS2). Seterusnya, momentum penurunan yang masih dikekalkan harga dilihat berpotensi untuk mencecah penurunan sehingga ke paras support pada 143.056 (MagicS3).

Terus mengikuti perkembangan Brexit dan sentimen semasa dalam pasaran untuk memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Kawal risiko dagangan anda dengan memilih posisi terbaik pada chart anda menggunakan bantuan indicator Moshed Magic Line pada analisis teknikal harian.

 

Paras support: 143.974, 143.507, 143.056.

Paras resistance: 144.892, 145.343, 145.810.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat