Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 27/9/2018

597

Secara teknikal, pergerakan harga pada chart GBP/JPY pada dagangan semalam dilihat agak sederhana di mana pada sesi pasaran Asia, harga cuba untuk membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam namun kembali pantul semula pada sesi dagangan Eropah. Harga kemudian dilihat telah membuat penurunan semula  melepasi paras Magic Pivot berkemungkinan disebabkan faktor matawang Yen yang mendapat permintaan setelah pasaran dilihat berada dalam keadaan sedikit berisiko (risk-off).

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 148.549 hari ini namun harga kembali ditekan semula lebih rendah ke paras support 148.007 (MagicS1). Pada sesi pasaran Eropah hari ini, harga dilihat telah membuat penurunan melepasi paras support 148.007 (MagicS1) dan telah menyentuh paras support 147.707 (MagicS2) berikutan USD yang kembali mengukuh. Seterusnya, jangkaan harga akan menguji paras support 147.165 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

Namun, jika harga mampu mendapatkan semula momentum kenaikan yang dibuat sebelum ini, harga berkemungkinan akan naik melepasi paras Magic Pivot 148.549 dan juga paras resistance 148.849 (MagicR1). Dan jika harga masih mampu untuk mencapai ketinggian yang baru, paras yang dilihat berpotensi untuk dituju harga adalah pada resistance 149.391 (MagicR2) atau paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada 149.691 (MagicR3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi kebimbangan dalam pasaran semasa. Perubahan terhadap sebarang syarat rundingan bakal mempengaruhi nilai matawang GBP dan khususnya pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Sentiasa kawal posisi trading anda dan lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk memberi idea kepada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 148.007, 147.707, 147.165.

Paras resistance: 148.849, 149.391, 149.691.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat