Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 29/8/2018

1,387

Matawang GBP terus mengekalkan momentumnya yang lemah di mana pasaran masih melihat GBP sebagai matawang yang berisiko. Tambahan lagi, kaji selidik yang dijalankan menunjukkan harga rumah di London yang melebihi dari harga pasaran bakal merudum tahun ini dan akan berkurangan sekiranya Britain gagal mendapatkan perjanjian berikutan pemergiannya dari Kesatuan Eropah.

JPY pula kembali positif setelah isu perang dagang di antara AS-China kembali hangat akan menyokong nilai matawang tersebut ekoran permintaan yang bakal meningkat dalam pasaran. Di samping faktor pelabur yang beralih ke pasaran yang lebih selamat, matawang JPY turut disokong oleh laporan mengenai Bank of Japan (BOJ) yang meningkatkan kadar siling pulangan bon JGB10Y daripada 0.1% ke 0.2%. Tindakan ini akan menyokong lagi kenaikan kadar faedah pasaran dan sekaligus akan menarik dana Jepun untuk melabur di pasaran tempatan.

Dari segi teknikal, pergerakan harga masih lagi dilihat dalam fasa menaik bagi pasangan matawang GBP/JPY. Walaupun GBP kebelakangan ini dilihat lemah dalam pasaran, nilai matawang JPY yang turut terkesan oleh sentimen pasaran yang kerap berubah-berubah melihatkan pergerakan hargabagi GBP/JPY yang agak mendatar. Harga semalam mencapai paras tertinggi sejak dua minggu lalu setelah harga turun ke paras support 140.00 namun kenaikan harga yang ditunjukkan agak perlahan.

Harga dilihat masih melemah pada sesi pasaran Asia hari ini dan sedikit menguat pada lewat sesi serta pergerakan harga semasa di sekitar paras 143.250 setakat jam 4.45 petang ini. Sepertinya harga bakal menguji resistance di paras 143.800 jika kenaikan harga mampu dilakukan.

Sebaliknya, tumpuan adalah pada paras support 142.400 jika harga mengalami kejatuhan dan pasaran akan melihat sama ada harga mampu menembusi (breakout) paras tersebut atau tidak. Jika harga berjaya menembusinya, paras support seterusnya yang mungkin dicapai adalah pada paras 141.100. Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dan isu perang dagang yang akan mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY.

Paras support: 142.828, 142.620, 142.205.
Paras resistance: 143.451, 143.866, 144.074.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat