Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 3/10/2018

656

Dengan melihatkan dari paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line semalam, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi paras support MagicS1 dan juga support MagicS2 sebelum menutup harga di sekitar paras itu juga. Namun pada sesi pasaran Asia hari ni, harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 147.772 hari ini dan sepertinya ingin menuju ke paras resistance 148.361 (MagicR1) di mana harga semasa berada di paras 148.030 setakat jam 3.05 petang.

Jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan melonjak ke paras resistance 149.309 (MagicR2) dan menguji paras ketinggian Isnin lalu. Dan jika harga masih mampu meneruskan kenaikan, harga dijangka akan membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 149.898 (MagicR3).

Namun, jika harga mengalami kejatuhan, harga dilihat akan turun ke paras support 146.824 (MagicS1) yang dilihat berada pada zon major support. Seterusnya, jangkaan harga akan meneruskan lagi penurunan ke paras support 146.235 (MagicS3) sebelum harga turun lebih rendah untuk menguji satu lagi paras tumpuan harga iaitu pada 145.600. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga berkemungkinan akan mencecah paras support 145.287 (MagicS3) yang berada di paras lebih rendah.

Terus beri perhatian terhadap perkembangan rundingan Brexit dan isu-isu global semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Untuk melihat paras support dan resistance terbaik pada chart, boleh rujuk indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan trading harian anda.

 

Paras support: 146.824, 146.235, 145.287.

Paras resistance: 148.361, 149.309, 149.898.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat