Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 30/11/2018

672

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga dilihat membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah dari paras Magic Pivot melepasi paras support MagicS1 dan turun hampir menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum bergerak agak mendatar pada sesi pasaran New York. Penurunan harga dilihat adalah terkesan daripada kebimbangan para pelabur terhadap kelulusan pada pelan Brexit Theresa May di peringkat parlimen yang dilihat sukar. Namun, kedua-dua matawang GBP dan USD kemudiannya didagangkan mendatar ekoran masing-masing dilihat sebagai dagangan yang berisiko dengan pelbagai faktor lain yang tidak memihat kepada matawang-matawang ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak lemah di bawah paras Magic Pivot 145.100 hari ini dan didagangkan hampir tidak berubah bersambung ke pembukaan sesi dagangan Eropah di mana harga semasa berada di sekitar paras 144.900 setakat jam 3.29 petang. Jika harga membuat penurunan, dilihat paras support pada 144.430 (MagicS1) adalah paras awal yang menjadi tumpuan harga. Kemudiannya, penurunan harga berkemungkinan menuju ke paras support yang lebih rendah di paras 143.830 (MagicS2) dan mengatasi paras terendah harga yang dicapai bulan ini. Dan sekiranya harga masih meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga berpotensi untuk mencecah sehingga ke paras serendah 143.160 (MagicS3).

Tetapi, sekiranya harga bergerak membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 145.100, harga berkemungkinan lebih cenderung menuju ke paras 145.700 (MagicR1) untuk menguji zon resistance harga sebelum ini yang masih gagal ditembusi. Kenaikan harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras resistance seterusnya yang berada lebih tinggi iaitu di sekitar paras 146.370 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mampu membuat lonjakan sedikit tinggi, paras resistance pada 146.970 (MagicR3) dilihat berkemungkinan bakal diuji harga.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen semasa dalam pasaran yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Tentukan paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/JPY dengan berpandukan paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 144.430, 143.830, 143.160.

Paras resistance: 145.700, 146.370, 146.970.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat