Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 7/2/2019

527

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan Rabu semalam dilihat bergerak mendatar dengan kedua-dua matawang Sterling dan Yen gagal mendominasi antara satu sama lain. Untuk dagangan GBP, pelabur sedang menantikan keputusan pada penetapan kadar faedah oleh bank pusat pada malam ini, sementara Yen pula kurang mendapat permintaan ekoran sentimen pasaran dilihat masih berada dalam keadaan stabil. Harga pada GBP/JPY semalam hanya bergerak di antara paras support MagicS1 dan juga Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi Asia hari ini pula, harga dilihat berlegar di sekitar paras Magic Pivot 142.133 hari ini sehingga bersambung pada pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, harga bakal menuju ke paras resistance pada 142.520 (MagicR1). Setelah menguji paras tersebut kemudiannya berjaya melepasi paras itu, harga bakal meneruskan kenaikan menuju pula ke paras sekitar 142.896 (MagicR2). Dan seterusnya, paras tumpuan pada sekitar 143.283 (MagicR3) dilihat bakal menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya jika harga berjaya mengekalkan momentumnya.

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan ke paras lebih rendah, paras terendah dagangan semalam akan diuji terlebih dahulu iaitu di sekitar support 141.757 (MagicS1). Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula ke paras support 141.370 (MagicS2) untuk harga menguji pula zon RBS (resistance become support) pada chart GBP/JPY itu. Jika harga berjaya turun lebih rendah lagi melepasi zon tersebut, jangkaan destinasi seterusnya adalah ke paras sekitar 140.994 (MagicS3).

Pantau sentimen pasaran semasa dan kawal dagangan anda khususnya posisi pada chart GBP/JPY menjelang penetapan dasar monetari di UK malam nanti yang dijangkakan oleh pasaran bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar faedah sedia ada. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda setiap hari khususnya pada chart GBP/JPY.

 

Paras support: 141.757, 141.370, 140.994.

Paras resistance: 142.500, 142.896, 143.283.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat