Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe – 20/9/2018

385

Pada awal sesi dagangan Eropah semalam, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD dilihat melonjak 60 pips dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2. Kenaikan harga yang dibuat adalah disebabkan peningkatan data inflasi di UK yang melebihi jangkaan sekaligus melonjakkan nilai GBP. Namun, beberapa jam kemudian, harga kembali membuat penurunan harga sehingga 90 pips hampir menyentuh paras support MagicS2 setelah laporan Brexit yang kembali negatif di mana Perdana Menteri Theresa May enggan menerima cadangan ketua perunding EU Barnier, berkaitan isu sempadan Ireland. Pasaran juga hari ini menunggu data jualan runcit di UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang.

Pergerakan harga pada awal sesi pasaran Eropah ini, melihatkan harga membuat sedikit kenaikan dari paras Magic Pivot 1.3150 dan menguji zon resistance semalam pada 1.31700-1.32000. Paras resistance 1.3204 (MagicR1) juga dilihat berada pada zon tersebut yang bakal diuji harga. Jika harga terus membuat kenaikan dan membuat Higher High yang baru, paras yang dijangka akan dicapai adalah pada resistance 1.3267 (MagicR2) dan seterusnya ke paras yang lebih tinggi iaitu pada resistance 1.3321 (MagicR3).

Namun, jika harga mula membuat pergerakan menurun, dijangka harga akan menguji paras support 1.3087 (MagicS1) yang dilihat berdekatan dengan paras RBS (resistance become support) sebelum ini iaitu di 1.30700. Jika harga breakout paras tersebut, jangkaan harga akan turun melepasi paras support 1.3033 (MagicS2) sebelum menguji satu zon yang menjadi tumpuan harga sebelum ini iaitu pada 1.29000. Paras tersebut juga adalah berdekatan dengan support 1.2970 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line.

Rundingan Brexit yang masih lagi memberikan gambaran kurang jelas sedikit menjejaskan pengukuhan matawang GBP. Adakah harga pada chart GBP/USD bakal mengalami kejatuhan semula? Pantau isu Brexit dan juga perang dagang untuk memberikan anda keputusan terbaik dalam trading harian. Sebagai tambahan, lihat paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan anda.

 

Paras support: 1.3087, 1.3033, 1.2970.

Paras resistance: 1.3204, 1.3267, 1.3321.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat