Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 10/1/2019

227

Pasaran berkemungkinan melihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD dalam masa terdekat ini adalah lebih bergerak mendatar dengan kedua-dua matawang Sterling dan USD didagangkan berisiko. Sterling masih dibayangi oleh kebimbangan terhadap perkembangan pada isu Brexit sementara USD pula didagangkan susut nilai selepas kenyataan dovish bank pusat berkenaan unjuran kadar faedah yang akan datang dalam minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi. Harga pada chart GBP/USD untuk sesi dagangan semalam bergerak mendatar pada paras Magic Pivot dan menunjukkan kenaikan pada sesi pasaran New York melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak mendatar lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2766 sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga membuat kenaikan pada dagangan hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 1.2824 (MagicR1). Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi bakal menguji zon resistance yang diuji harga pada dagangan November lalu di sekitar paras 1.2862 (MagicR2). Namun jika harga masih mampu mengekalkan lonjakan, harga bakal mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart GBP/USD di sekitar 1.2920 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga dilihat didagangkan ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal turun ke paras support 1.2728 (MagicS1) sebagai destinasi awal penurunan. Kemudiannya, pasaran bakal menyaksikan harga kembali menguji zon tumpuan harga sebelum ini pada sekitar support 1.2670 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan harga bakal menuju pula ke zon major support pada chart GBP/USD sebelum ini pada paras sekitar 1.2632 (MagicS3).

Kawal dagangan anda khususnya pada dagangan Sterling berikutan kebimbangan terhadap isu Brexit yang akan menjadi tumpuan utama bersambung sehingga minggu hadapan. Lihat paras tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line supaya memudahkan lagi analisis teknikal anda setiap hari.

 

Paras support: 1.2728, 1.2670, 1.2632.

Paras resistance:  1.2824, 1.2862, 1.2920.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat