Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 12/11/2018

362

Pada dagangan minggu lalu, pergerakan harga yang positif ditunjukkan pada chart pasangan matawang GBP/USD di mana harga dilihat membuat kenaikan sepanjang minggu. Ini adalah berikutan isu Brexit yang positif dan dilaporkan bakal mencapai persetujuan dalam masa terdekat menyokong Sterling untuk terus mengukuh, sementara matawang dollar USD pula didagangkan lemah ekoran pilihanraya kongres yang berlangsung menimbulkan kegelisahan para pelabur dengan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat. Namun, sebaliknya berlaku pada penghujung minggu di mana Brexit kembali dilihat bermasalah sementara USD pula mengukuh dengan FED yang optimis menaikkan kadar faedah pada Disember ini. Jika dilihat dagangan harga pada Jumaat lalu, harga pada chart GBP/USD telah membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, dilihat terdapat jarak (gap) pada pembukaan harga yang lebih rendah sekitar paras support 1.2931 (MagicS1) pada chart GBP/USD hari ini namun harga masih bergerak perlahan sepertimana kebiasaan dagangan awal minggu. Jika harga terus menyambung penurunannya, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.2888 (MagicS2) terlebih dahulu. Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras tumpuan harga yang dilihat berada pada sekitar paras support 1.2820 (MagicS3).

Namun, jika laporan semasa berkenaan rundingan Brexit kembali positif dan menyokong matawang Sterling semula, harga berkemungkinan akan melonjak melepasi paras Magic Pivot 1.3000 hari ini sebelum menguji paras resistance 1.3042 (MagicR1) yang juga merupakan paras SBR (support become resistance) semasa pada chart GBP/USD. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, lonjakan harga seterusnya dijangka akan menuju pula ke paras resistance 1.3111 (MagicR2) sebelum harga yang masih meneruskan kenaikan berpotensi mencapai ketinggian sehingga paras 1.3154 (MagicR3).

Pasaran kembali tertumpu pada rundingan Brexit yang dilaporkan berlaku konflik dalaman di mana terbaru, Menteri Pengangkutan Jo Johnson telah meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan rancangan pemisahan Britain daripada Kesatuan Eropah dan berkemungkinan yang lain akan turut mengikuti jejak beliau. Terus beri tumpuan terhadap perkembangan Brexit dan juga data-data ekonomi pada minggu ini seperti data inflasi dan jualan runcit. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal harian anda pada chart GBP/USD ini.

 

Paras support: 1.2931, 1.2888, 1.2820.

Paras resistance:  1.3042, 1.3111, 1.3154.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat