Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 15/10/2018

305

Matawang GBP kembali terjejas pada sesi dagangan penghujung minggu lalu ekoran isu sempadan Ireland dalam rundingan Brexit kembali memberi kebimbangan terhadap pelabur semula. Jika dilihat pada chart GBP/USD pada dagangan Jumaat lalu, harga yang membuat kenaikan pada mulanya menyentuh paras resistance MagicR1 kemudiannya membuat terjunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, kelihatan perbezaan jarak (gap) harga dibuka agak besar hampir 65 pips dan berdasarkan indicator Moshed magic Line, harga dibuka lebih rendah dari paras support 1.3111 (MagicS1) hari ini. Pergerakan harga yang perlahan pada permulaan sesi melihatkan harga membuat sedikit kenaikan dan menguji paras support tersebut. Jika harga gagal membuat kenaikan dan matawang USD mula mengukuh kembali, harga bakal turun semula untuk menguji paras support pada 1.3071 (MagicS2). Dan sekiranya harga masih didagangkan lemah, berkemungkinan harga akan membuat penurunan untuk menguji paras support 1.2998 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Namun, jika rundingan Brexit kembali positif dan meningkatkan semula keyakinan para pelabur, jangkaan harga bakal melonjak semula melepasi paras Magic Pivot 1.3185 hari ini dan menuju ke paras resistance 1.3224 (MagicR1). Permintaan terhadap GBP yang semakin meningkat kemudiannya bakal melihatkan harga meneruskan kenaikan untuk menguji paras resistance pada 1.3298 (MagicR2) yang berada pada zon paras ketinggian yang dicapai harga pada September. Dan sekiranya harga berjaya menembusi paras resistance tersebut, harga dilihat berpotensi untuk menuju ke paras resistance terdekat yang seterusnya berada pada paras 1.3337 (MagicR3).

Terus ikuti sambungan drama Brexit pada minggu ini dan kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin terutamanya pada chart GBP/USD ini. Lihat paras-paras penting pada chart dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3111, 1.3071, 1.2998.

Paras resistance: 1.3224, 1.3298, 1.3337.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat