Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 16/1/2019

344

Tumpuan utama pasaran adalah terhadap undian akhir Brexit pada peringkat Parlimen pada awal pagi tadi. Seperti jangkaan, PM May telah kalah undian dengan perbezaan 230 majoriti undian tidak bersetuju terhadap pelan perjanjian Brexit beliau. Namun, matawang Sterling menunjukkan pengukuhan setelah keputusan diumumkan berikutan pelabur mengambil keuntungan pada posisi jualan Sterling sebelum itu. Kenaikan pada nilai Sterling juga didorong oleh jangkaan bahawa Britain akan terus kekal dalam Kesatuan Eropah. Tarikh rasmi pengunduran Britain pada 29 Mac berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga ke Julai. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam menunjukkan penurunan sehingga sekitar 250 pips dari paras berhampiran resistance MagicR1 sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam. Paras terendah dagangan harian mencecah ke paras sekitar 1.26700 sebelum harga kembali melonjak sekitar 210 pips ke paras Magic Pivot semula selepas keputusan undian diumumkan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga mula bergerak perlahan dan sedikit menurun menuju ke paras Magic Pivot 1.2814 hari ini namun pantul semula setelah menguji paras tumpuan 1.28400. Jika harga terus menyambung pada lonjakan yang dilakukan awal pagi tadi, harga berkemungkinan akan menuju ke paras resistance pada 1.2960 (MagicR1). Kenaikan lebih tinggi harga dijangka akan menuju pula ke paras sekitar 1.3062 (MagicR2) sebelum lonjakan lebih tinggi harga akan cuba mengatasi resistance pada dagangan November tahun lalu dan mencapai paras ketinggian pada 1.3208 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga menunjukkan penurunan lebih rendah harga dari paras Magic Pivot 1.2814 hari ini, harga berkemungkinan akan turun semula menguji paras support pada terjunan harga semalam sekitar 1.2711 (MagicS1). Seterusnya, harga yang berjaya turun lebih rendah dari paras tersebut dijangka akan meneruskan lagi penurunan ke paras sekitar 1.2565 (MagicS2) sebelum menguji paras support pada penurunan awal dagangan Januari ini sekitar paras 1.2462 (MagicS3).

Pantau perkembangan susulan daripada keputusan undian Brexit dan beri tumpuan juga terhadap data indeks harga pengguna di Britain pada jam 5.30 petang ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang terbaik untuk posisi dagangan pada chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2711, 1.2565, 1.2462.

Paras resistance:  1.2960, 1.3062, 1.3208.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat