Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 21/11/2018

228

Perdana Menteri Britain Theresa May terus bergelut dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan terhadap draf pelan Brexitnya setelah kekecohan berlaku dalam kepimpinan beliau baru-baru ini dengan perletakan beberapa jawatan penting terutamanya Setiausaha Brexit, Dominic Raab. Pada dagangan Selasa semalam, matawang Sterling cuba untuk membuat sedikit kenaikan dari paras terendah penurunan setelah Gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney dilihat memberi sokongan kepada Theresa May dan pelan Brexitnya dalam ucapannya semalam namun hal ini tidak berjaya meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap dagangan GBP buat masa ini. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk dagangan semalam, harga yang cuba untuk membuat kenaikan menguji paras 1.28800 kemudiannya gagal membuat kenaikan lebih tinggi seterusnya kembali menjunam sekitar 100 pips penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line setelah USD kembali mengukuh semalam terus memberi tekanan kepada GBP. Harga kemudian bergerak mendatar sehingga penghujung sesi pasaran New York sekitar paras 1.27800 dan menutup harga sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat bergerak mendatar sekitar paras harga ditutup awal pagi tadi sehingga ke penghujung sesi dagangan. Harga yang gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.2814 hari ini berkemungkinan akan membuat penurunan menuju ke paras support 1.2746 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan bakal menguji paras support pada 1.2707 (MagicS2) yang juga merupakan paras terendah yang diuji harga pada dagangan Oktober lalu. Sekiranya harga berjaya menembusi penurunan dari paras tersebut, jangkaan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support sekitar 1.2639 (MagicS3).

Namun, jika Sterling berjaya melonjakkan kembali harga pada chart GBP/USD ini, pergerakan kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras resistance yang terdekat iaitu pada paras 1.2853 selepas berjaya mengatasi paras Magic Pivot hari ini. Seterusnya, harga dijangka akan menguji paras resistance 1.2920 (MagicR2) yang mana dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD. Dan jika harga berjaya breakout zon SBR tersebut, paras resistance pada 1.2959 (MagicR2) bakal menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan Brexit yang masih dilihat memberikan kebimbangan dalam pasaran semasa. Dan beri tumpuan juga kepada sentimen pasaran semasa yang pada masa sekarang masih memberi kelebihan kepada USD namun  sebarang perubahan boleh berlaku dalam pasaran. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2746, 1.2707, 1.2639.

Paras resistance:  1.2853, 1.2920, 1.2959.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat