Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 25/9/2018

418

Sambungan episod drama Brexit pada hari ini yang melihatkan pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam kembali membuat kenaikan semula setelah Setiausaha Brexit UK, Dominic Raab memberikan kenyataan bahawa mereka masih mahu meneruskan rundingan, namun tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian. Harga dilihat telah membuat kenaikan sehingga ke paras Magic Pivot semalam setelah bergerak mendatar pada support 1.30700 pada awal sesi Asia semalam. Kemudian harga bergerak sedikit menurun dan berada pada paras lebih rendah dari Magic Pivot pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di sekitar paras Magic Pivot 1.3114 hari ini dan bergerak menguji paras tersebut. Jika harga gagal membuat lonjakan seperti dilakukan pada minggu lalu, jangkaan harga akan menyambung penurunan menguji terlebih dahulu paras support 1.3063 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Jangkaan seterusnya harga akan terus membuat penurunan ke paras support yang lebih rendah iaitu pada 1.3011 (MagicS2). Dan jika harga masih mengekalkan momentum kejatuhan, paras support 1.2959 (MagicS3) dijangka bakal dicecah harga.

Sebaliknya, jika rundingan Brexit kembali lancar dan mendapat kesepakatan, berkemungkinan harga akan membuat lonjakan semula melepasi paras resistance 1.3167 (MagicR1) dan seterusnya menguji paras resistance 1.3218 (MagicR2). Dan jika permintaan terhadap matawang GBP meningkat tinggi, harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.3270 (MagicR3) dan cuba menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada Khamis lalu.

Terus setia mengikuti episod drama Brexit yang semakin hangat sejak minggu lalu. Kawal posisi trade anda di GBP/USD dan lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3063, 1.3011, 1.2959.

Paras resistance: 1.3167, 1.3218, 1.3270.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat