Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 26/11/2018

298

Perkembangan dalam rundingan Brexit pada minggu lalu cukup memberi impak besar pergerakan harga khususnya pada nilai matawang GBP dan EURO. Julat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan November ini dilihat bergerak sekitar 450 pips turun dan naik dengan diwarnai oleh pelbagai isu besar khususnya melibatkan rundingan Brexit. Tertumpu pada dagangan minggu lalu, harga membuat lonjakan sehingga 140 pips pada dagangan Khamis sebelum pergerakan harga kembali dilihat membuat penurunan ke paras lonjakan harga semula pada dagangan Jumaat. Draf pelan Brexit Theresa May dilaporkan telah mendapat persetujuan daripada 27 pemimpin kerajaan dalam Kesatuan Eropah namun akhbar Sunday Telegraph melaporkan May bakal berdepan halangan yang lebih besar berkemungkinan tidak akan mendapat sokongan oleh Parlimen. Secara teknikal, pergerakan harga pada chart GBP/USD pada dagangan Jumaat menunjukkan harga yang bergerak mendatar pada sesi Asia kemudiannya membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot dan paras terendah harga adalah sekitar 1.28000 berhampiran dengan paras lonjakan harga hari sebelumnya.

Pada sesi pasaran Asia Isnin, harga dilihat bergerak agak perlahan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2829 hari ini dan membuat sedikit kenaikan menuju ke paras Magic Pivot tersebut di hujung sesi. Jika harga gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot, harga dilihat akan kembali membuat penurunan menuju ke paras support terhampir di paras 1.2776 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan harga akan menyentuh pula paras support pada 1.2745 (MagicS2) dan jika momentum penurunan harga masih dikekalkan, harga bakal membuat penurunan menguji paras support pada 1.2693 (MagicS3).

Namun, jika Brexit terus menunjukkan isyarat yang positif dan menyokong pengukuhan Sterling, berkemungkinan harga bakal bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance pada 1.2860 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya akan menguji pula paras ketinggian harga pada lonjakan Khamis lalu sekitar paras resistance 1.2912 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikannya, paras resistance pada 1.2944 (MagicR3) pula dijangka akan diuji harga.

Terus ikuti perkembangan Brexit bersambung pada minggu ini pula bagi memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan untuk mengawal risiko dalam dagangan, lihat paras-paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda membuat keputusan yang betul dalam setiap posisi dagangan anda.

 

Paras support: 1.2776, 1.2745, 1.2693.

Paras resistance:  1.2860, 1.2912, 1.2944.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat