Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 27/12/2018

152

Pasaran akan menantikan perkembangan penting Brexit pada Januari tahun hadapan di mana kesemua persoalan tentang isu tersebut bakal terjawab. Pesuruhjaya Eropah, Oettinger berpendapat bahawa Britain masih mempunyai peluang untuk mendapat undian setuju terhadap perjanjian Brexit pada Januari nanti. Perdana Menteri Britain Theresa May dilihat berusaha keras untuk mendapatkan kelulusan Parlimen untuk pelan Brexit beliau. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan semalam, harga dilihat kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot dan juga zon SBR (support become resistance) 1.26900-1.26700 dan meneruskan penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga kembali menunjukkan kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 1.2659 hari ini dan menguji paras tersebut buat seketika. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga dilihat akan kembali menguji paras resistance 1.2689 (MagicR1) yang berada pada zon SBR pada chart GBP/USD. Sekiranya paras tersebut berjaya ditembusi harga, harga bakal meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance pada 1.2749 (MagicR2) dan cuba mengatasi paras ketinggian pada dagangan Isnin lalu. Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi akan menyentuh paras resistance pada 1.2779 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal lepasi kenaikan dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan yang dilakukan pada dagangan semalam menuju ke paras support 1.2600 (MagicS1). Seterusnya harga yang menyambung penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan akan cuba melepasi paras support 1.2569 (MagicS2) sebelum meneruskan penurunan lebih rendah sehingga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.2510 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit bersambung sehingga Januari tahun hadapan yang mana akan terus mempengaruhi perubahan nilai matawang Sterling dan juga pergerakan harga pada chart GBP/USD. Kawal dagangan anda dengan menentukan paras-paras terbaik untuk peluang posisi pada chart GBP/USD berpandukan pada paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2600, 1.2569, 1.2510.

Paras resistance:  1.2689, 1.2749, 1.2779.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat