Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 29/10/2018

370

Jika diperhatikan pada chart pasangan matawang GBP/USD pada sesi dagangan minggu lalu, harga membuat penurunan setiap hari secara konsisten sepanjang minggu. Dan jika tertumpu pada dagangan penghujung minggu iaitu Jumaat, harga telah membuat penurunan ke paras terendah yang baru dan menguji paras SBR (support become resistance) pada paras 1.27900 namun masih belum berjaya menembusinya sebelum harga kembali pantul semula ke paras Magic Pivot hari itu. Penganalisis pasaran masih berpendapat bahawa matawang Sterling yang lemah adalah berikutan isu rundingan Brexit yang masih melanda pasaran.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan sekitar paras 1.28300 sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 1.2813 hari ini. Kenaikan harga yang mungkin berlaku akan melihatkan harga menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada paras 1.2851 (MagicR1) untuk mengatasi paras ketinggian harga pada Jumaat lalu. Seterusnya, harga bakal meneruskan kenaikan dan menguji paras resistance 1.2878 (MagicR2) yang dilihat sebagai paras SBR (support become resistance) yang baru. Sekiranya harga terus cuba melonjak lebih tinggi, paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai harga adalah pada resistance 1.2916 (MagicR3).

Sebaliknya, jika isu rundingan Brexit pada minggu ini masih parah dan menjejaskan nilai matawang GBP, besar kemungkinan untuk harga terus mengalami kejatuhan pada chart GBP/USD. Ditambah lagi para pelabur yang menjangkakan data pekerjaan di AS yang positif, bakal menekan harga lebih rendah ke paras terendah yang baru selepas harga menguji paras support 1.2787 (MagicS1). Jika harga berjaya menembusi paras tersebut, jangkaan penurunan harga akan ke paras support pada 1.2748 (MagicS2). Seterusnya harga yang masih meneruskan penurunan yang dibuat berpotensi untuk turun sehingga ke paras serendah 1.2722 (MagicS3) untuk terus mencari paras terendah yang baru.

Pasaran akan tertumpu pada pengumuman kadar faedah oleh Bank of England (BOE) pada Khamis ini dan bakal memberi impak terhadap nilai matawang GBP. Kawal posisi dagangan anda dengan baik dan rujuk pada indicator Moshed Magic Line bagi meneliti paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD.

 

Paras support: 1.2787, 1.2748, 1.2722.

Paras resistance: 1.2851, 1.2878, 1.2916.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat