Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 4/1/2019

186

Matawang Sterling dilihat didagangkan positif berbanding dollar USD pada dagangan semalam berikutan USD yang mengalami penyusutan nilai matawangnya setelah terkesan daripada beberapa faktor seperti kebimbangan pada pertumbuhan ekonomi global dan juga ketidaktentuan politik yang melanda Amerika Syarikat serta terbaru adalah isu Apple mengurangkan sasaran jualan terbaru mereka. Sementara menunggu keputusan terhadap undian Parlimen berkenaan perjanjian Brexit, isu sempadan Ireland masih lagi menjadi perbincangan. Laporan data konsortium runcit Britain yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan harga kedai meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh enam tahun. Angka bacaan mencatatkan peningkatan kepada 0.3% daripada 0.1% sebelumnya iaitu tertinggi sejak April 2013 yang lalu. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras terendah awal dagangan sekitar 1.24200 sehingga ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam menunjukkan kenaikan sekitar 230 pips untuk satu hari dagangan.

Pada sesi pasaran Asia hari pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras 1.36300 pada awal sesi yang merupakan zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD dan berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2563 hari ini. Jika harga terus bergerak ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras resistance 1.2707 (MagicR1) sebelum menguji paras ketinggian semasa pada chart GBP/USD sekitar resistance pada 1.2791 (MagicR2). Sekiranya harga berjaya mengatasi paras ketinggian pada resistance tersebut, harga berpotensi untuk mencatat paras ketinggian yang baru ke paras sekitar 1.2936 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh menjelang laporan data pekerjaan NFP malam ini, harga berkemungkinan kembali ditekan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2563. Penurunan awal harga akan menguji paras support 1.2479 (MagicS1) di sekitar paras terjunan pada dagangan semalam. Jika harga berjaya mengatasi paras tersebut, harga berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar support 1.2334 (MagicS2) dan sekiranya penurunan harga masih berlaku, harga bakal mencecah ke paras sekitar 1.2250 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit dari masa ke masa dan jangan lupa untuk beri tumpuan terhadap laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini. Lihat paras support dan resistance pada chart GBP/USD dengan rujukan pada indicator Moshed Magic Line yang disediakan untuk anda.

 

Paras support: 1.2479, 1.2334, 1.2250.

Paras resistance:  1.2707, 1.2791, 1.2936.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat